Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?
Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.
Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.
Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.
Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan : 15 – 49 tahun.
"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya).”
(Surah Al-Baqarah:240)
(Surah Al-Baqarah:240)
Monday, 21 March 2011
MENGAPA...IKHLAS WANITA TAKAFUL?
18:02
ikhlas2u


